BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 27, 2010

DIA SEORANG CINTA

    " aku tahu dia sayang aku tapi....


    " tapi apa lagi?kau kena beri peluang pada diri kau sendiri.kau juga perlu menikmati erti bahagia.kau jangan asyik terlalu memikirkan orang lain.kau harus fikirkan diri kau sama,Sofia." ujar Adlin pada Sofia Saufi yang seolah-olah telah hilang semangat untuk hidup.

    " kau tak faham lin.aku yang rasa sakit bila aku buat macam tu.aku rasa dah tak bermaya tapi aku tak ada pilihan Lin.aku terpaksa." bergenang air mata Sofia Saufi apabila mengenang kembali apa yang terpaksa dia lakukan dalam kehidupan dia.

    Kehidupan Sofia Suafi kini berubah seratus peratus.kehilangan orang tersayang membuatkan dia hilang arah dan tiada lagi tempat bergantung.Adam Faris telah pergi buat selamanya.Seorang lelaki yang begitu dicintai Sofia Saufi.Namun lelaki itu telah meninggalkan dia buat selamanya kerana telah dijemput Illahi.

    " aku terima nikahnya Sofia Saufi binti Kamarul dengan mas kahwinnya RM200 tunai." dengan sekali lafaz sahaja Sofia telah menjadi isteri yang sah kepada seorang lelaki yang bernama Adam Faris.

    " terima kasih sayang.terima kasih kerana sudi menjadi isteri abang.abang sayang sangat Sofia." Adam Faris meluahkan rasa cintanya yang begitu mendalam kepada Sofia yang telah sah menjadi isterinya pada pagi tadi.

    " Suafi pun sayang abang juga.cinta Saufi tiada tandingannya abang.hanya abang dihati Saufi.Tiada dua tiada yang seterusnya.hanya abang sahaja yang Saufi cintai.Terima kasih abang kerana sudi menerima Saufi yang serba kekurangan ini." luah Sofia sambil mengucup tangan Adam Faris.

    " Sofia....

    Sofia Saufi tersedar dari kenangan lalu.kenangan bersama arwah suaminya,Adam Faris selepas mereka diijabkabulkan tetapi kenangan itu hanya tinggal menjadi kenangan yang terindah dalam hidupnya.Perlahan-lahan dia mengusap perutnya yang kini memasuki lima bulan.
   

0 comments:

Popular Posts

Lovely Person